Kids



Assalamualaikum :)

I dah lama gila ok tak pergi Taska mak kita.  Kerja...lagi pulak waktu office hour. Hehe.  Hari tu pick up my sister kat sana.  Sementara tunggu habis meeting, I pergi Taska.  I pernah baca kat mana entah, kalau kat taska, ada stranger masuk, budak-budak akan takut.  Sebab itu adalah kawasan larangan untuk orang luar. Iya lah budak-budak tak semua budak berani. Kang takut kang, menggelupor 1 hari susahkan baby sitter kekdahnya. Fobia terus.

Masa masuk tu I tengok diaorang tengah Q nak dibedakkan and disikatkan! Haha. Macam beratur beli makanan kat kantin. "Ok..next..next.." Haha. Comel!

Lepas grooming gituuu..turn makan petang pulak! Baby sitter tanya " nak makan nasi ke? nak makan roti je?" Ada yang angkat tangan, ada yang tak angkat tangan.  Eh..mana satu diorang nak eh? Haha. Sebab ada budak, memang nak makan nasi, ada tu nak makan roti. Kalau nak makan nasi tu mesti tekak kampung punya lah!! Haha. Nak makan pun buat bulatan, keliling baby sitter and suappp! Erm..sedapnya! Kenapa eh, tiap kali kita datang sana, lauk tomyam and nasi putih pun layannnn!!! Hehe.

Lepas makan, baby sitter letak satu bekas besar tepi almari and panggil nama budak-budak untuk pick up susu. Haha. Gila lah! Teratur sangat-sangat niii!!! Nak pulak eh bebudak tu dengar cakap. "Faiz....Ain...Amar...Farhan..." Dah habis hisap susu, berlumba-lumba diorang letak botol susu kat dalam bekas tadi. Best betul!

Ok. Itu je. Ni salah sorang budak comel kat Taska, Faiz. Baby sitter bagitahu tiap-tiap hari Jumaat dia akan pakai baju melayu. Hehe.




4 comments:

eima said... [Reply to Comments]

hnay org baik/kuat bersabar je boleh jd pekerja kat taska ...aku kompom tak boleh ....anak sendri pun hangin tambah anak org

tp aku tak suka konsep satu pinggan 1 sudu suap semua budak .... budak mudah kena jangkitan klu ade budak yg sakit...hmmmmm

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

tull sebab tu suka nursery compared to bb sitter..sebab disiplin!!!

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

aku pun sama..tak boleh...dgn anak orang boleh sabar lagii tapi anak sediri boleh lah nak beduukkk hahahah

yes. kids sng kena jangkitan. tapi kat rumah tak nak makan..dah tu BS suap pakai tangan tu psl sedapp..air tangan ibu gituu..

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Filla : lagi satu diorang beraniii!!banyak kwn kat taska :)