Aku Terima Nikahnya



Seriusly, kita tak suka tengok cerita melayu sebab selalunya entah apa-apa. Layak drama je. Itu pun nak buat filem! Tak ada apa yang nak dibanggakan! Bila tak support ada lah orang kata tak support filem melayu lah apa lah. Habis tu dah tak macam filem, takkan nak pergi tengok. Cukup lah terkena Jangan Pandang Belakang Congkak. Sampai sekarang terkesan di hati cerita bodoh tu pergi tengok kat Kluang! Phuiii!


Sebab hari Jumaat tak ada apa nak buat and officemate ajak pergi tengok movie! Yeah! Yang free Aku Terima Nikahnya! Yang ni pun layak drama je lah. Tapi drama ni boleh pakai sikit.  Tak lah macam Jangan Pandang Belakang Congkak!  Terkesan sikit lah.  Cumanya yang nampak best sebab ada Adi Putra and Nora Danish kot. Jalan cerita buat cerekarama lagi banyak peminat kot!

For me, Nora Danish comel gila dowh! Manjanyaaa! Huahuahua. 4 bintang sebab sedih tengok Arlisa dapat suami yang hilang ingatan! Hehe.

Jalan cerita dia cerita pasal suami isteri yang super duper romantic kununnya, dengan cium-cium bagai, lukis gambar sama-sama, peluk sana sini yang suatu hari suami hilang ingatan sebab eksiden.  So, dia tak ingat isteri dia tapi dia ingat mak bapak, kawan2 dia. Ada ke eh orang hilang ingatan macam tu? -__-'. So si isteri ni try tackle hati suami dia and try nak ingatkan balik lah sebab laki dia takde perasaan pon kat bini dia dah. Itu je. Lagi satu dalam hilang ingatan tu, laki dia boleh suka kawan bini dia? Kenapa eh? Kenapa? bestfriend mesti nak tackle suami kawan baik dia? Dasarrr!




3 comments:

Amoi Farah said... [Reply to Comments]

best tak...??? nak tengok tapi busy jek

eima said... [Reply to Comments]

yg aku cite melayu mmg tak best bkn aku tak sapot tp tu la.....

Miz Fieza said... [Reply to Comments]

tak best langsung kot cerita nie...........hahahah mcm cerekarama jer hahaha..........tapi best nora danis cium betul2 nom nom nom muhakssssss hahaha