Alhamdulillah #Bajet2013



Last Friday ada pembentangan Bajet 2013. I busy gila pack barang nak pergi PD.  So, memang tak dengar lah. Sampai dah nak tido baru I rasa sesuatuu....hehe ;p
 
Bajet 2013 tu ada good news ke untuk I? Hehe.  Rupanya ada uolls!!!! Berganda-ganda gitu! Hehe. Walaupun satu je lah yang I nampak!! Hehe.  Nak mohon RM100/year for kids tak ada anak lagi. Nak mohon BRIM tak layak sebab combine gaji laki bini tak lepas, nak mohon yang bujang punya pun tak lepas...dah kahwin! Dapat rebate beli smartphone je lah kan? Tapi baru je dapat Iphone. Tak ada rebate pun belambak orang beli. Ish...dapat bonus je lah kan? Alhamdulillah..syukur..syukur...! 
 
Ingatkan kegembiraan sampai berpanjangan sampailah ada seorang hamba Allah ni kata "Orang swasta jangan dok jeles dengan orang gomen dapat bonus, kerajaan dah bagi, ambiklah" Memang pun...orang dah bagi ambik je lah! Nak buat macam mana. Percaya qada' dan qadar. Percaya dengan rezeki Allah. 
 
Setiap orang ada rezeki masing-masing.  Cumanya...I paham, orang swasta tu tak jeles sangat pon dengan orang gomen ni..bonus orang gomen ciput je pon!!  Bonus diaorang lagiiiii banyakk!!!!! Ada tu 12 bulan! Macam buat loan pulak dapat bonus! Hehe. Macam I lah kan..kan..my personal opinion, I kerja gomen, hubs kerja swasta.  I jelah kot dapat bonus gomen bagi.  Hubs tak dapat. Tapi untungnya...orang laki bini kerja gomen. Dua-dua dapat! :)  Nak survive hidup kat town, I rasa gaji 3K ni pon orang dah war-warkan miskin! Sebab tu dapat BRIM. Ngehngeh.
 
I rasa kalau sektor swasta dok canang bonus dia berapa bulan sekalipun, harga barang macam tu jugak! Betul tak? Nak naik mungkin naik tapi tak lah mendadak.  Cuba gomen announce naik gaji or bonus, esok dah naik weh harga barang, sorok barang lagi!!  Kesan dia mungkin lah..mungkin...orang gomen tak rasa tapi orang swasta atau orang tak ada kerja yang hidupnya nak makan, nak minum, nak beli, nak baju and bla..bla..bla..lah dok rasa barang naik. Life must go on!
 
Seriusly, kalau beli groceries untuk rumah je dah RM300, RM400/month.  Kekadang ada orang cakap, ukur baju kat badan sendiri.  Dah gaji sikit, sibuk nak beli macam-macam. Ohhh..come on bebeh! Semua orang ada keperluan and kehendak.  Kalau awak ada kehendak, orang lain pun ada. Jangan nak nafikan.  Sample, Jiran A anak 8A, Jiran B anak 1A. Boleh ke nak cakap kat Jiran B, bersyukur lah apa yang ada, masih ada A nak compare dengan orang yang tak ada A. ;p Tak ke macam tak ada wawasan nak majukan diri tu?
 
Tak semua orang nak setuju apa kita buat..its normal. Ada pro and kontra.  Kalau semua setuju and angguk, tak fun lah hidup macam ni. Hehe.  Walaupun sektor swasta tak dapat bonus, insyallah bonus uolls akan berlipat-lipat kali ganda ok.  Kalau orang gomen bonus ni boleh pergi Bandung je, insyallah, orang swasta bonus boleh pergi London ok?
 
Semoga bonus kali ni dapatlah dibahagi-bahagikan dengan orang tersayang!
 
Bye!


4 comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

abaikan jer kata2 sinis tue yang.

yg penting... Alhamdulillah...

XOXO!

-mhmk-

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Amin. No rim kete. kthxbye

nizabeba said... [Reply to Comments]

well said dear.. rezeki masing2 kan..=)

s a l l y z a . s a i d said... [Reply to Comments]

yeapss agree! syukur dgn rezeki masing2... xdpt yg ni, dpt yang lain.. ye idak? ewaahhhh... boleh laa blanja tite makannn.. auuww auuwww