JJCM : Sabak Awor, Muar



Dulu masa pergi rumah my cousin kat Muar, I round satu Muar tak jumpa kedai makan. Mungkin sebab waktu tu hari raya ke 3 and ke 4.  Tapi tak sangka, sejak MIL duduk Muar, explore sana sini ada satu kedai makan ala-ala Seafood Restaurant Tg. Harapan, Klang and Medan Ikan Bakar Jeram. Not bad. Banyak pilihan kot!

Last month Haizi balik Muar lone ranger. So, dia kata ada kedai ikan bakar yang semestinya I akan suka! Iyolah tu! I dengan Haizi ni banyak benda yang tak ngam gitu. Mungkin dia suka, dan mungkin gila-gila I takkan suka. Hehe.  Betapa kontra nya kitaorang.  Last week I balik Muar, pergi ke sana. Not bad. Ada banyak kot kedai!

Tak tahu nak makan apa. Last we decided pergi satu kedai.  I nak makan lite-lite memandangkan petang tu I dah makan macam-macam! Woot! Woot!  So, I order tomyam.

Seriusly, kalau Melayu masak tomyam I rasa fail lah! Huaaa! Rasa nak cucuk garpu kat dada je!  Apa lah tomyam macam ni! Isi dah banyak, tapi.......kuah tomyam rasa maggi!

Then, sampai nasi goreng Haizi.  Not bad. Tapi tawar lah! Good. Good. Untuk orang jaga kesihatan sesuai lah ni! I order lagi nasi goreng sebab macam sedap. 2nd time order nasi goreng tak sama langsung dengan 1st tadi! Adoyai! Kasi Haizi settlekan! Hewhew.

MIL order Keow Teow goreng! Tak habis jugak makan!

Sebaik I order side dish, Siakap Ikan Bakar. Normally, diorang letak sambal sekali tapi I tak suka lah! Rasa macam bukan Ikan Bakar tapi Ikan Sambal.

Tak lupa order Butter Prawn. Hewhew. Lawak gila tengok Butter Prawn ni. Ada beberapa insiden lah selepas makan. Haizi tanya owner kedai sendiri and dia mengakuinya.


Haizi : bang..sorry nk tanya..butter prawn tue xjadi eh? lain jer.
Kedai : kenapa?itulah butter prawn yg betul..telur dan butter kita sekalikan..
Haizi : bukan butter prawn kan yg mcm2 sarang2 tue ker?
Kedai : taklah...inilah yg betul butter prawn.....


Agagaga. Happy nomnom. Banyak gila kedai. Nextime try lain pulak! Happy nomnomnom.





0 comments: