Jom sembang jom..!



Eh? Korang pernah dengar tak kalau mata kanan bergerak-gerak or berkedip akan perolehi berita gembira?  Nak percaya itu bukan lah. Tapi mungkin kebetulan atau ketentuan Allah. Sekadar bertanya and berkongsi cerita.

Since last week mata I dah berkedip belah kanan and bawah mata. Tak sure atas mata pun bergerak ke tak. Yang pasti bawah mata memang bergerak yang membuatkan I rasa rimasnya! Sebab kadang-kadang tengah cakap dengan orang dia bergerak-gerak. So tak selesa. 

I google. Orang kata mata belah kanan ni nak peroleh berita gembira. Kepala hotak aku ni ha dok pikir, nak mengandung kottt! Huahua. Tolong lah jangan bagi harapan lagi!!!! Sob..sob..sob..masalahnya siapa bagi harapan kan? Mata je kot bergerak kau je yang pikir bukan-bukan eh Sinaz! Haha. Tak apa lah. Biar I pendam je perasaan itu. Maafkan saya -__-'

Tapi kan..ni tapi lah..bukan suruh percaya ok cerita ni!! Memang tak suruh!!! Ini kebetulan dan ketentuan Allah. Satu hari tu kan, I tak ada duit sangattt..sangat..sangat..macam mana lah nak survive hidup ni. Tinggal berapa hari je nak gaji. Tapi tapak tangan I belah kanan dah seminggu gatal.  Orang kata nak dapat duit/rezeki. Tapi taklah saya percaya sebab mana mungkin tapak tangan gatal nak dapat duitkan sedangkan saya ada allergy. Esok pagi saya dapat call dari dot dot nak settle kan hutang yang dia pinjam. Alhamdulillah! Kebetulan dan ketentuan Allah kan?

Masa saya miscarriage last year, sedih bukan main. Laki bini dah tak terurus dah. Nasib baik boleh recover balik perasaan tu. Hehe.  Almost 2 week bersedih akhirnya, I redha. Tapi..seminggu sebelum I boleh menerima dengan redha tu, mata kanan kita bergerak-gerak je. I bagitahu Haizi "B, mesti ada berita gembira nak dapat ni sebab mata I asik gerak-gerak je!" Haizi cakap "percaya sangat lah benda-benda macam tu" Hehe. Ala..gurau-gurau je pon. Tengah sedih kot masa tu! Haha. So, mestilah mengharapkan sesuatu yang menggembirakan. Esoknya, ada orang call bagitahu I dapat rumah kuaters teres. Weehoo!

Ok. Itu je cerita tahyul I. Huahua. Jangan percaya. Itu hanya kebetulan dan ianya ketentuan daripada ALLAH.




2 comments:

eima said... [Reply to Comments]

entah la nk komen pun tak reti percaya boleh tp jgn taksub ....

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Ish..idaklah nak caya sgt..nak taksub lagi lah tak..dosa!