JJCM : Laksa Kak Su, Kuala Perlis & Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang



Kawan-kawan dah pesan kalau pergi Perlis singgah makah Laksa Kak Su. Kak Su mana pulak eh...!  Haizi pun cakap you must try sebab dia tahu bini dia suka gila dengan Laksa. Hewhew. Sedapnya! Kuah dia pekat nak mampos!

Waktu tu hujan. Kakak Cha pulak tido. Si gemok tu kalau tido lately kejutkan mengamuk pulak! Sebaik ada uncle, nak nangis pon nangis sikit-sikit je. Hehe.  Order 5 pinggan. Satu pinggan RM3 tak silap kita. Itu pun yang biasa. Special lain dalam RM4. 

Tak puas ok! Kuah dia tu mintak extra satu mangkuk! Tak tahulah berapa RM dia caj! I dah plan nak balik KL nak tapau! Motip? Haha. Sepanjang kat Perlis-Kedah dok ulang alik pergi Laksa Kak Su! Tak jumpa heh kat KL!


Orang kedai tu cakap Laksa dia tahan beberapa hari tapi kena masuk freezer. Nak beli tapi hotel tak provide peti ais pulak! Tapau makan kat hotel je lah! Sedap ok! One thing tak suka pasal Laksa sebab ada TIMUN! I hate TIMUN! I pergi R&R order Laksa tak nak timun sekali kena sound balik! Choi!!! Sokati ai lah nak timun ke tak nak! Macam lah kalau tak letak timun harga kurang! Huh!

Laksa dekat Kuala Perlis, Mee Udang kat Kuala Sepetang. So, siapa pergi Utara singgah okey :)

Kat Mee Udang Mak Jah ni I dah 2, 3 kali dah makan. Menariknya mee udang ni sebab udang dia besar-besar and gemok-gemok. Tapi harga boleh tahan. Mee udang biasa RM7 tak silap kita. Mee udang special RM11. Ok. Masa kitaorang datang mee udang biasa tak ada.  Yang ada, mee udang special.  Gemok kan udang dia?

Then, Haizi seperti biasa nasi goreng udang. Kongsi dengan Kakak Cha, tak cukup ok! Sebab udang lagi banyak dari nasi! Hish!

Add on dengan Udang goreng tepung. Seriusly tak recommended. Me not like.  Masin and tepung apa lah dia guna eh? Tepung gandum? Sigh. 

5 star untuk udang je. Boles? nomnomnom.  Cumanya masa kat Alor Setar I tertinggal Nasi Lemak Royal! Help meeeee!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bukan senang nak pergi Kedah!!!! SOBS.



3 comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Jahat pergi xajak kita, kita kn dah jnji sehidp semati... eh..

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

heheheheh ;p

MamaIcha said... [Reply to Comments]

terliur ok :P